energy.gov.au

energy-theme-default

[Malay/Bahasa Melayu] 5 cadangan yang cerdik untuk menjimatkan tenaga dan wang di rumah anda

5 bright ideas for saving energy and money in your home

Date

Dengan peningkatan harga tenaga, kebanyakan orang sedang mencari jalan untuk mengurangkan penggunaan tenaga di rumah. Berita yang baik adalah bahawa terdapat banyak perkara yang mudah, tanpa kos yang anda boleh lakukan sekarang. Dengan mencuba beberapa cadangan berikut dan melakukan beberapa perubahan kepada tabiat harian, anda boleh menjimatkan wang dan membantu alam sekitar tanpa menjejaskan keselesaan.

  1. Mengurangkan penggunaan air panas

    Penggunaan air panas merupakan kira-kira 25% daripada purata bil tenaga seisi rumah. Cara-cara mengurangkan bil ini termasuk mencuci pakaian dalam air sejuk dan menunggu sehingga terdapat muatan yang penuh, memulakan mesin pencuci apabila penuh, memasang penyembur pancur air aliran-rendah (membiayai untuk diri sendiri dalam masa yang singkat) dan mengurangkan jangka masa waktu mandi.

  2. Memilih peralatan cekap

    Kelengkapan rumah merupakan kira-kira satu pertiga daripada bil tenaga anda. Jika anda membeli satu peti sejuk, penyejuk beku, televisyen, mesin pembasuh, pengering pakaian, pencuci pinggan atau penghawa dingin yang baru, cari Label Pemeringkatan Tenaga—lebih banyak bintang, makin kurang tenaga yang digunakan oleh produk. Walaupun model pemeringkatan bintang yang tinggi mungkin lebih mahal, tetapi produk kurang cekap-tenaga yang lebih murah mungkin menjadi lebih mahal dalam jangka masa yang panjang.

  3. Gunakan peralatan dengan bijak

    'Kuasa mod sedia' yang digunakan oleh produk-produk seperti ketuhar gelombang mikro, televisyen dan konsol permainan boleh mengambil kira 10% daripada bil elektrik anda. Jika terdapat lampu yang kecil atau jam—ia menggunakan tenaga. Kos penggunaan boleh dikurangkan dengan memadamkan peralatan pada dinding apabila ia tidak digunakan, menyingkirkan mana-mana peti sejuk dan penyejuk beku tambahan yang tidak diperlukan, dan mengeringkan pakaian pada talian pakaian berbanding menggunakan mesin pengering.

  4. Pemanasan dan penyejukkan yang cekap

    Untuk satu darjah peningkatan suhu penyejukkan atau pemanasan, penggunaan tenaga akan bertambah sebanyak 5 hingga 10%. Untuk memastikan bil anda terkawal, fikir tentang menetapkan termostat pemanasan anda kepada 18-20 darjah Celsius pada musim sejuk dan 25-27 darjah Celsius pada musim panas. Anda akan menghemat kebanyakan tenaga yang anda gunakan dengan menutup pintu dalaman dan hanya memanaskan atau menyejukkan bilik yang anda sedang gunakan.

  5. Kalis arus-udara rumah anda

    Kalis arus-udara adalah cara yang murah dan mudah untuk menetapkan keselesaan rumah anda dan menjimatkan sehingga satu perempat daripada kos pemanasan dan penyejukkan anda. Menurap jurang di sekitar pintu, lantai, tingkap dan papan kambi, dan menggunakan pemberhenti arus-udara 'sosej' kain atau diisi pasir adalah pilihan 'pembuatan diri sendiri'.

Ingin ketahui dan menabung dengan lebih banyak?

Pelbagai petua praktikal yang luas tentang kecekapan tenaga, sisa, air dan perjalanan termasuk maklumat tentang bantuan kerajaan terdapat dalam bahasa Inggeris pada laman energy.gov.au.